NADIPreneur dan EmpowerHer - Bina Empayar Perniagaan

24 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2026 (Khamis), telah diadakan webinar NADIPreneur dan EmpowerHer - Bina Empayar Perniagaan yang bermula pada jam 10:00 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Dua orang peserta telah menyertai webinar tersebut.

Webinar “Bina Empayar Perniagaan” memberi panduan kepada peserta tentang aspek penting dalam membina dan mengembangkan perniagaan secara lebih terancang, profesional dan berdaya saing. Webinar ini merangkumi empat komponen utama, iaitu perancangan perniagaan, perancangan kewangan, pemasaran perniagaan dan operasi perniagaan. Peserta akan didedahkan kepada cara membina profil perniagaan yang profesional bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, mengurus serta merekod kewangan dengan lebih sistematik, dan merancang strategi pemasaran yang kreatif menggunakan platform digital seperti TikTok. Selain itu, peserta akan memahami kepentingan pengurusan operasi yang teratur bagi memastikan kelancaran perniagaan. Pengetahuan yang diperoleh dapat membantu usahawan meningkatkan kecekapan pengurusan, memperluaskan pasaran serta membina asas perniagaan yang lebih kukuh dan mampan.

Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali